Dasar Privasi CPA Australia (Malay)
Content Summary
Dasar Privasi kami menggariskan amalan privasi umum kami dalam pengumpulan, penggunaan dan pengendalian maklumat peribadi anda.
Kami adalah salah satu badan perakaunan terbesar di dunia dengan keahlian global lebih daripada 170,826 anggota (setakat 31 Disember 2021) yang bekerja di 100 negara di seluruh dunia. Perkhidmatan teras kami merangkumi pendidikan, latihan, sokongan teknikal dan pembelaan. Pekerja dan ahli-ahli bekerjasama dengan badan-badan tempatan dan antarabangsa untuk mewakili pandangan dan keprihatinan profesion kepada kerajaan, pengawal selia, industri, akademik dan masyarakat umum. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari CPA Australia.
Kami mengecam kepentingan melindungi maklumat peribadi anda. Kami terikat untuk memprosesnya secara bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang perlindungan data yang terpakai di semua negara di mana Kami beroperasi. Dasar ini menggariskan amalan privasi umum Kami dalam pengumpulan, penggunaan dan pengendalian maklumat peribadi anda.
Kami atau Kita digunakan untuk merujuk kepada CPA Australia.
Di beberapa negara, Kami wajib memberitahu anda siapa yang bertanggungjawab mengendalikan maklumat peribadi anda. Entiti yang bertanggungjawab ke atas maklumat peribadi anda biasanya akan menjadi entiti yang berpangkalan di Australia atau wakil tempatannya di negara di mana anda mengakses perkhidmatan Kami atau terlibat dengan Kami.
Pemumpulan notis yang terpakai ditentukan oleh sifat interaksi anda dengan Kami. Ia memberi maklumat yang lebih terperinici berkaitan dengan pengendalian maklumat peribadi anda dan perlu dibaca bersama Dasar Privasi yang berikut:
- semasa anda berinteraksi dengan Kami sebagai ahli atau apabila anda membuat permohonan keahlian sika rujuk kepada notis pengumpulan ahli
- semasa anda berinteraksi dengan Kami sebagai pekerja atau apabila anda membuat permohonan untuk menjadi pekerja sila rujuk kepada notis pengumpulan pekerja
- untuk interaksi yang lain bersama Kami sila rujuk kepada notis pengumpulan am.
Mengenai maklumat peribadi anda
Ketahui mengenai jenis maklumat yang kami kumpul mengenai anda, bila ia dapat digunakan dan mengapa.
Temui lebih banyak lagi
Notis Pengumpulan Ahli
Memberi anda maklumat yang lebih terperinci berdasarkan interaksi anda dengan Kami sebagai ahli atau calon ahli.
- CPA corporate information
Notis Pengumpulan Pekerja
Memberikan anda maklumat yang lebih terperinci berdasarkan interaksi anda dengan Kami sebagai pekerja atau bakal pekerja.
- CPA corporate information
Notis Pengumpulan Umum
Memberikan anda maklumat yang lebih terperinci berdasarkan interaksi anda dengan Kami, tidak termasuk anggota dan pekerja.
- CPA corporate information
1 Maklumat peribadi termasuk apa-apa maklumat atau pendapat seseorang individu yang dikenali, atau seseorang individu yang boleh dikenali dengan munasabah, sama ada maklumat atau pendapat itu adalah benar atau tidak; dan sama ada maklumat atau pendapat itu direkod dalam format material atau tidak.
2 Maklumat sensitive termasuk maklumat atau pendapat (yang juga maklumat peribadi) mengenai rasa tau asal etnik, pendapat politik, keahlian persatuan politik, kepercayaan atau penggabungan keagamaan, kepercayaan falsafah, keahlian bagi sebuah persatuan profesional atau perdagangan, keahlian kesatuan sekerja, orientasi atau amalan seksual, atau rekod jenayah, maklumat kesihatan seseorang individu, maklumat genetik, maklumat biometrik yang akan diguna untuk tujuan penentusahan biometrik yang automatic atau pengenalan biometrik.
3 Kuki adalah kepingan kecil data yang disimpan dalam peranti komputer pengguna melalui pelayar laman web. Kuki adalah kepingan teks kecil yang dihantar kepada pelayar anda melalui lama web yang anda kunjungi. Ia membantu laman web itu untuk mengingati maklumat berkaitan kunjungan anda, seperti pilihan Bahasa dan penetapan lain. Ini akan membuat kunjungan anda yang seterusnya lebih mudah dan laman web itu lebih berguna untuk anda melalui.
4 Pemasaran semula adalah sejenis pemasaran digital yang boleh menghantar mesej yang relevan kepada pengguna melalui kelakuan menyemak lewa mereka sebelum ini. Pemasaran semula selalu termasuk laman web, aplikasi atau media sosial pihak ketiga.